Pameran MCMC Sempena Program Jiwa Madani Peringkat Parlimen Kuala Kedah
7 Julai 2024 | Aktiviti TerkiniPada 6 Julai 2024, Jabatan Penerangan (JAPEN) telah menganjurkan Program Jiwa Komuniti Madani Peringkat Parlimen Kuala Kedah yang dirasmikan oleh Tuan Haji Hakim Arif Bin Md Noor, Pegawai Daerah Kota Setar. Program berlangsung bermula jam 11.00 pagi hingga 4.30 petang melibatkan komuniti Kuala Kedah di perkarangan Muzium Kota Kuala Kedah.
Program kerjasama antara MCMC dan Jabatan Penerangan daerah Kota Setar bersama-sama Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) kluster Kota Setar serta beberapa agensi yang lain telah mengadakan pameran kepada komuniti. Antara aktiviti yang diadakan semasa pameran adalah melibatkan kuiz Klik dengan Bijak (KDB), Kuiz ICT, silang kata dan permainan melalui peranti tablet. Selain itu, petugas juga dapat mempromosikan perkhidmatan NADI kepada pengunjung serta penyebaran maklumat terkini tentang bantuan dan isu semasa terutamanya berkaitan Budi Madani.
Program Jiwa Komuniti Madani membantu masyarakat berhubung secara bersemuka dengan wakil-wakil agensi yang terlibat sekali gus mendapat maklumat yang disampaikan secara jelas.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: